Thursday, July 06, 2006

GOOD

Aku rasa aku terpaksa faham keadaan aku sekarang walaupun aku sendiri tak paham dengan apa yang aku terpaksa fahami iaitu supaya aku lebih faham dengan keadaan fizikal dan mental state aku sekarang.

Pagi tadi aku bangun lewat. Agak lewat. Dalam pukul 6.35 am sedangkan aku masuk keje pukul 8.00 am. Perjalanan dari rumah ke tempat keje ambil masa 45 minit, itu pun kalau polis trafik tak berangan. So, pagi tadi aku bangun dengan keadaan yang amat upset tapi aku try gagahi jugak walaupun malam sebelumnya aku dah bersemangat nak bangun pukul 6.00 pagi dan bersiap dengan jayanya.

Dari saat aku membangunkan diri, hinggalah aku melangkah kaki masuk ke kereta, pa & ma yang amat disayangi telah tidak berhenti bercakap, dalam erti kata lain membebel la sebab aku bangun lambat. Dalam keadaan tertekan, cuaca yang sangat panas walaupun dan mandi, baju yang tak iron lagi, make-up berterabur dalam bag, kaler tudung tak sesuai dengan kemeja, kena kemas katil yang berselerakan, aku jadi amat mengong dan clumsy.

Di sini aku ingin menegaskan bahawa, bukan niat aku nak bangun lambat, bukannya aku sengaja nak bangun lambat. Kalau lambat, aku juga yang susah sebab nama aku jugak yang masuk dalam list datang lambat. Semuanya berlaku secara tak sengaja.

Sebagai seorang insan yang berhemah, aku selalu berfikiran positif dan support apa jua yang berlaku. Jika ada seseorang yang melakukan kesilapan secara tak sengaja, aku terima dengan hati yang terbuka. Nak buat camne kan? Dah tak sengaja. Mana ada orang sengaja nak buat silap.

Aku hanya perlukan sokongan dari mana-mana individu yang rasa nak caring kat aku. Contohnya kelmarin, aku keluar shopping dan tengok wayang dengan frens, pa & ma buat muka masam. Come on, tak sukakah u all bila melihat anak u all gembira, ada kawan dan shopping dengan hasil titik peluh sendiri. Fikir.

Macam tu la. Selalunya, bila orang lain gembira, aku paksa perasaan aku gembira supaya orang lebih gembira bila melihat orang lain turut gembira bersama mereka walau pada hakikatnya kekadang tu aku agak (memang) emosional.

Tapi bila aku gembira, erm...tak payah la nak sebutkan satu-satu.

Mungkin ada yang cakap, hal kecik cam ni pun nak besar-besarkan.

Tapi aku ni golongan seni. Huhu. Otak aku lain. Soal emosi dan perasaan nombor satu dalam hidup aku. So aku rasa hal ini amat berat. Hidup boleh jadi tunggang-langgang kalau perasaan aku gundah-gulana.

Dulu aku sangat selfish. So, mulai tahun 2006 ni, aku sangat lain. Aku kurangkan sifat pentingkan diri sendiri tu, sebab aku fikir, kalau aku boleh buat orang gembira, bantu orang lain, so aku pun automatically jadi gembira, Memang aku rasa gembira. Tapi in certain parts, gembira tu terbunuh sebab ade orang yang kill my joy.

Oleh itu nasihat aku untuk post kali ini, be good to everyone. So bila korang susah, ada orang akan tolong korang. Sentiasa ada give and take dalam hidup. Macam proses simbiosis. Saling memerlukan antara satu sama lain. Sentiasa mengenang budi orang lain. Dan paling penting, cuba untuk buat orang lain gembira. Jangan selalu memperkecilkan dan menghina orang lain. Be nice to everyone.

Sebab, bila semua orang macam tu, dunia ni tentu akan aman sentosa. World peace y'all!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home