Antara sedar atau tidak
Sejak malam semalam, saya mulai bingung. Satu soalan yang sentiasa menyelubungi di sel-sel otak saya; Kenapa saya selalu rasa bosan dengan hidup saya?.
Saya tak berapa suka menonton filem-filem yang mana hero dan heroinnya sangat 'perfect', dan juga jalan cerita yang terlalu senang, dalam erti kata lain, 'protagonist'nya sangat senang melalui hidup masing-masing. Kalau pun ada rintangan dan dugaan, akhir cerita mesti saya akan tersenyum sebab watak utama dah hidup bahagia dan banyak duit. Huhu. Saya pun ada mengalami fenomena yang sama. Terlalu banyak dugaan dan rintangan menghalang aliran arus, tapi saya belum pernah lagi tersenyum selepas itu.
Adakah saya sendiri yang tak pernah rasa puas, atau saya ni terlalu 'perfectionist'?.
Antara sedar atau tidak, saya sebenarnya tak pernah berterima kasih denganNya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home