Saturday, December 17, 2005

Banyak sangat kekecewaan terjadi minggu ni. Huhu. Hadapi dengan senyuman.

Kenapa ya? aku rasa, blog ni hanya untuk perkara yang sedih. Aku selalu rasa gembira, tapi jarang aku share kegembiraan aku kat sini. Ade sorang cakap kat aku, aku ni nak dapat simpati je. Sorila, buat ape aku nak mintak simpati, kalo viewers simpati pun, diorang boleh buat ape?

Macam ni la, aku terus-terang. Kalau aku gembira, aku suka share dengan family & frens. Tapi kalau aku sedih, aku tak nak susahkan diorang. Jarang aku share. Simpan je la. So, untuk puaskan hati, aku letak kat blog ni. Tak kesah la ade orang bace ke tak, yang pentingnya, semua yang tak best berjaya diluahkan. I don't care who's reading wut.

Erm...kalo orang tanye, how's life. Aku tak tau nak jawab ape. Selalunya aku jawab, "ok je...cam biase" Tak reti nak describe la. Apa yang aku rase dengan hidup aku ye? Apa yang aku nak...semua aku dapat. Tapi still rase ade something hilang. Cam takde x-factor. Nak kata bosan, tak jugak sebab every weekend schedule aku full...hang out & lepak-lepak. Mungkin aku kena tambah lagi aktiviti masa lapang. Kena bersukan kot. Huhu. Aku nak try ice skating & rock climbing. Cakap je tu..sampai bile pun tak try.

Penang, tak sabar nak pegi penang. Tak rancang pun nak pegi, tapi dalam kepala aku hanya nampak Penang. Insyallah, July 2006 aku sampai Penang. Kenapa July? Sebab July's my fav month.

Hadapi dengan tenang jiwa, semuakan baik-baik saja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home