Banyak sangat cerita-cerita yang tak sempat dimuatkan. Bukannya tak ada masa nak menulis, tapi tangan ni yang malas. Nak ikutkan memang tiap-tiap malam menghadap PC veteran ni. Malam ni baru ade mood nak menulis.
Hari tu, tak ingat bila. Aku pergi Convest UIA. OKla. Banyak jual barang. Makanan pun OK. Just ade sikit malu sebab baju aku ari tu macam tak sopan(sebenarnya sopan).Maksud aku tak sopan untuk di pakai dalam kawasan UIA. Tapi Erma cakap OK je sebab aku outsider. Ramai jugak kawan-kawan lama yang aku jumpa. Erma, Ainsyah, Ita, Mimi, Diba, Irah, Asma ermm mungkin ada lagi tapi lupa. Petang tu kami makan then lepak bilik Ain. Sembahyang kejap then sambung mengumpat. Then kluar makan lagi. Dalam pukul 9 30 malam ayah jemput aku dan Diba.
Malam 31 Ogos pulak aku tak ke mana pun. 11 30 mlm dah tido. Sempat berbalas SMS je dengan member Frenster. Esoknya bangun, aku mulakan operasi mengemas wardrobe yang dah berbulan-bulan tak kemas. Kalau wardrobe tu dibuka, semua baju-baju dalam tu boleh terhambur keluar. Masa kemas tu, ada banyak jugak baju-baju yang aku buang. Tapi ada satu benda ni tak berguna pun bagi aku tapi tak buang. Baseball cap yang aku beli dengan tujuan nak bagi dia tapi tak kesampaian. Nak buat camne kan dah takde jodoh.
Sabtu lepas, aku kluar minum dengan Bob dan Baya di Strudels KLCC. Macam sweet kan...Bob, Baya and Baiti. Biasalah kalau perempuan berkumpul, habis semua cerita dibuka, kira cam konsep 'open table'. Gelak kitorang pun satu KLCC leh dengar. Lepas tu jalan-jalan beli gift untuk adik Baya. Sempat jalan di Body Shop. Bercadang nak beli eyeliner harga RM29. RM29 je. Tapi cam klaka aku takde cash. Hahaha. Memang petang tu aku broke gile. Now ni pun. :(. Gaji masuk esok. Duit gaji orang lain semua dah nak habis, aku baru nak dapat gaji esok.
Ahad pulak Kak Ima(colleague)suruh aku temankan dia beli baju raya kat KL. Tapi memang tak larat. Kebetulan pagi tu my besfriend's visiting. So aku tido sampai kul 5 petang. Letih sangat. Itulah rutin aku kalau kawan baik datang melawat. Kesian jugak kat ex-boifren yang terpaksa sabar ngan perangai aku sebulan sekali. Tapi now dia dah bahagia tanpa perlu aku menyusahkan dia.
Ahad malam sempat design satu birthday card. Mata dah mengantuk. Sambil tu chat dengan Nard.
Antara dialog malam itu. Tak berapa tepat.
Aku : Aku kenal ngan anak sedare Anuar Zain. Aku bertekad tak lama lagi aku akan jadi kekasih Anuar Zain.(Ya Allah...ayat skema tak hingat tu)
Nard : Aaa...biar btul. Mana ko kenal?
Aku : Tut..Tut (ditapis. takkan semua benda nak letak dlm blog kan?)
Tapi aku tak seriyes pun. Gile hape nak nikah dengan Anuar Zain dengan muke sememeh aku ni.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Che Nard kerana tlah berjaya membeli sebuah kereta. Kereta apa? Surprise...hiihihi. Boleh la aku tumpang kete Nard memandangkan aku ni takde license. Membazir je ada kete kat rumah tapi takde orang guna. Nak tgk teater minggu depan kat MATIC pun aku rase kene naik Monorail. Cam hampeh tak tau bawak kete. Damn.
Then pagi tadi aku bangun awal sebab nak siapkan lagi satu birthday card. Alhamdulillah siap. Pagi terus submit. Suddenly dalam pukul 10.10 pagi bos panggil. Ni lagi satu cerita sedih. Design yang aku hantar minggu lepas, untuk syarikat Kualiti Alam, kene kutuk. Maluuu. Dia cakap tak sesuai. Tapi memang betul pun, design untuk Kualiti Alam patutnya buat la alam sekitar. Aku pegi letak benda-benda kesenian contohnya embroidery, barang kemas, ukiran dan lain-lain. Tapi dia cakap design yg kene rejek tu dia simpan untuk company lain yang sesuai. Nasib baik dia tak buang. Design yang baru aku dah siapkan ptg tadi. Berdebar-debar jugak nak tunggu komen dia esok.
Dalam pukul 10.45 diye interkom lagi. Dia cakap design birthday card ada bunga-bunga tu sape buat. Aku cakap la aku buat. "Owh...just wanna say that ur design nice aaa...we try our best la today. Manela tau ur design terpilih." Aku tak tau dia jujur ke tak. Tapi rasenye dia just nak cover kutukan dia pagi tadi. Sebab aku tgk design tu cam hampeh. Malas pulak nak bukak Hello untuk post design2 birthday card tu kat blog ni. Tak pela. Tapi memang hampeh pun.
Lepas kerja tadi aku temankan Kak Ima beli baju raya boifren dia. OK la jugak boleh lepas tensen keje. Lepas beli kain baju melayu, makan di Burger King. Dia blanje. Lepas tu gi Citibank near KLCC tu. Then gi rumah boifren dia, hantar food tapau.
Panjangnya post malam ni.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Ary (ayat skema). Sebabnya? Ntah. Adalah...
Sleep.
Mimpi sedih.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home