Friday, April 01, 2005

Panas

Dah 2 hari tak dapat tido. Tak tau kenape. Panas? Badan tak penat? Cahaya lampu? Selame ni aku tido lampu bukak ok je. Mungkin sebab tak penat sangat sebab takde benda nak buat dah. Takde assigment.

4-5 hari ini no interesting thing happened. Tak ke mana-mana. Bosan. Bosan. Bukannya tak boleh nak buat ape, ntah. Cam takde 'geng' kot nak buat ape2. Ntah. Ntah lagi.

Tapi Ahad lepas pergi this PC Fair at PWTC. Nak beli CPU untuk Ejum(adik saya). Terlalu ramai sampai nak jalan ke setiap booth pun sekat-sekat macam step menari. Sampai satu kedai ni ayah cam berkenan la dengan harga dia. Actually that was the first kedai that we reached. Tak sanggup dah nak survey kedai lain sebab ramai sangat orang. Masa ayah negotiate dengan bos kedai, tiba-tiba aku tak nampak orang sekeliling. Nampak ayah je. Bunyi sekeliling pun cam samar-samar. Dalam hati aku cakap tak boleh jadik ni. Kang ayah kene angkat 2 benda, CPU dan aku. Aku terus mintak bantuan ayah. Ayah suruh duduk. Masa tu aku dah tak dengar ape2 and pandangan semakin gelap. Aku gagahkan diri pegi masuk dalam kedai dan duduk kat kerusi pekerja. Then, bos kedai kasik gula-gula apa ntah. Halls kot. Masuk je gula-gula tu dalam mulut, pandangan aku terang balik. Bagus nya gula-gula tu.Cam best je. Ini bukan iklan, ini betul-betul ok.

Lepas tu aku pegi toilet. Memang sah badan still lemah lagi. Tak dapat la nak teman ayah gi ambik CPU yang dah bayar tu. Pekerja kedai tu tengah pasang ikut specs yang ayah nak. So ayah suruh aku tunggu kat bench entrance PWTC tu. End of story.

Nak kena beli jeans baru. Jeans yang dah ada sekarang semua dah tak fit dan tak sedap pakai. Aku tak tau la aku loss weight ataupun jeans tu yg mengembang sebab banyak kali basuh. Tapi kalau pasal makan, dah lama dah tak jaga makan. Walaupun pakai braces, aku hentam je makan apa-apa. Sampai besi yang kat gigi geraham kiri rahang bawah patah. Tak boleh dah nak sangkut elastic. Bagus bagus, sampai kena marah ngan Ika(budak keje kat klinik tu)

Mungkin sabtu ni ke atau Isnin ke nak kluar shopping sket. Sebenarnya ada jugak idea nak keluar 2-3 hari ni tapi takde geng nak gi jenjalan + contact lens tinggal rumah. Tak nampak apa-apa ok. Janganlah contohi aku kerana semalam aku telah meng'ignore' sekumpulan kawan2, Stan and the geng sebab tak berapa sure diorang panggil sape. Aku cam bad mood masa tu ditambah lagi tak nampak apa-apa kat depan. So aku ignore je la dan trus tukar tempat lain. Damn! Bodoh. Ade ke ko react cam tu eti. Tak masuk akal. Lain kali pakai spek anda apabila keluar dari bilik. Sori yek kawan-kawan. Kalau cakap sori pun diorang baca ke blog aku ni? Cam tak baca. Ermm..takpela..

'Till then, solat subuh dulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home