Sunday, April 17, 2005


This is the latest photo of my dearest "Ketum" after a month she was spayed. 2 minor surgery. The doctor had to do the second one because she was having an infection. The doctor said, "setiap seratus pembedahan, satu kucing saja yang kene infection ni". My cat is sooo special....... Posted by Hello


Sedapnyaa Blueberry Cheese Cake. Posted by Hello


Pagi tadi keluar dari rumah dalam pukul 8 30 pagi dengan tujuan nak belajar naik bas ke Plaza Berjaya. Isnin ni start keje di Zitron. So sebelum kelam-kabut tak tau keadaan transport baik study dan biasakan diri. Lepas dah observe semua jalan, aku dan Ejum memulakan lepak-lepak di Times Square sebab kami kena tunggu kakak kami, Kak Anne yang ambik overtime hari sabtu, yang juga kerja di bangunan Plaza Berjaya. Masa boring-boring tunggu Kak Anne kami sempat berposing lagipun tak ramai orang pun kat sana. Lepas Kak Anne habis kerja kami makan di Long John Silver's celebrate birthday Kak Anne sekali. The food is ok. Happy 24th birthday ye kakak saya. Love you. Muahhhsss. Posted by Hello


Lepas exam 13 April hari tu ramai-ramai menonton midnight Coach Carter di Mid Valley. Cerita boleh tahan tapi boleh buat penonton mengantuk. Ini saja gambar yang sempat dirakam dengan kamera sendiri sebab 'bateri weak'. BTW best sangat hari tu. Lepas nonton kami ke Bangsar minum-minum. Sampai MMU dalam pukul 6 pagi. Sedih teramat sebab pagi tu terus 'packing' barang balik rumah. Insyaallah kita jumpa masa konvo Ogos ini ok kawan-kawan. Posted by Hello

Monday, April 11, 2005

Shopping

Semalam pegi Damansara Uptown sebab nak cari baju ala-ala Fitri tu. Yang macam kimono tu. Ejum cakap kat sana ada banyak. So dalam kul 11 aku bertolak gi sana. Dah sampai sana 2-3 kali round cari parking plak. Sebab dah tensen sangat so parking depan rumah orang. Sabtu malam ahad. Memang ramai. Nak jalan pun susah.

Dah round-round jumpe baju yg berkenan di hati. RM45. Yang paling murah leh dapat. Ada jugak browsing kat bahagian skirt. Cam lawa. Suka sangat. Tapi design yang paling aku suka takde size. S. Mana muat duh. Kalau berat aku 45 kg muat la.

Hari ni sepanjang hari tak study apa pun. Sakit sangat perut ni. My girlfriend is visiting. Sakit!

Friday, April 08, 2005


Tadi tonton filem The Beautiful Washing Maschine at GSC Mid Valley. Free je. Special release by MDC. MDC invite student and press je sbb student je yg leh paham cite mcm ni. Tapi aku tak paham ape2. Untuk maklumat lanjut sila pegi sini. http://www.kakiseni.com/events/film/NzA0Nw.html Posted by Hello


Alamanda park. Mase ni tenet kat sane sambil makan pringles. Kitorang kutuk couple2 lain yg lepak2 kat sane. Tapi lupe kitorang ni pun antara mereka gak...wakaka...Tapi kitorang tak buat PDA(public display of affection). Posted by Hello

Thursday, April 07, 2005

Untuk jadi dia...

to be her
i need a thriving life
so i can be better and better

to be her
everything must fit together perfectly
even less can be well

to be her
he must always behind me
lend me the support that i need

when i am her
i can design my own life

ermm tak sempat nak habiskan...nak stadi
agaknye bile ek dpt jadik diye..?

Anyway...hari ni aku telah diperkotak-katikkan/diperkuda/diperkacang oleh seseorang. Takpe. Aku simpan sendiri dalam hati.

Nak gi tgk peter pan...nak nak nak...sirnah jom aaa gi....jom jom

Friday, April 01, 2005

Panas

Dah 2 hari tak dapat tido. Tak tau kenape. Panas? Badan tak penat? Cahaya lampu? Selame ni aku tido lampu bukak ok je. Mungkin sebab tak penat sangat sebab takde benda nak buat dah. Takde assigment.

4-5 hari ini no interesting thing happened. Tak ke mana-mana. Bosan. Bosan. Bukannya tak boleh nak buat ape, ntah. Cam takde 'geng' kot nak buat ape2. Ntah. Ntah lagi.

Tapi Ahad lepas pergi this PC Fair at PWTC. Nak beli CPU untuk Ejum(adik saya). Terlalu ramai sampai nak jalan ke setiap booth pun sekat-sekat macam step menari. Sampai satu kedai ni ayah cam berkenan la dengan harga dia. Actually that was the first kedai that we reached. Tak sanggup dah nak survey kedai lain sebab ramai sangat orang. Masa ayah negotiate dengan bos kedai, tiba-tiba aku tak nampak orang sekeliling. Nampak ayah je. Bunyi sekeliling pun cam samar-samar. Dalam hati aku cakap tak boleh jadik ni. Kang ayah kene angkat 2 benda, CPU dan aku. Aku terus mintak bantuan ayah. Ayah suruh duduk. Masa tu aku dah tak dengar ape2 and pandangan semakin gelap. Aku gagahkan diri pegi masuk dalam kedai dan duduk kat kerusi pekerja. Then, bos kedai kasik gula-gula apa ntah. Halls kot. Masuk je gula-gula tu dalam mulut, pandangan aku terang balik. Bagus nya gula-gula tu.Cam best je. Ini bukan iklan, ini betul-betul ok.

Lepas tu aku pegi toilet. Memang sah badan still lemah lagi. Tak dapat la nak teman ayah gi ambik CPU yang dah bayar tu. Pekerja kedai tu tengah pasang ikut specs yang ayah nak. So ayah suruh aku tunggu kat bench entrance PWTC tu. End of story.

Nak kena beli jeans baru. Jeans yang dah ada sekarang semua dah tak fit dan tak sedap pakai. Aku tak tau la aku loss weight ataupun jeans tu yg mengembang sebab banyak kali basuh. Tapi kalau pasal makan, dah lama dah tak jaga makan. Walaupun pakai braces, aku hentam je makan apa-apa. Sampai besi yang kat gigi geraham kiri rahang bawah patah. Tak boleh dah nak sangkut elastic. Bagus bagus, sampai kena marah ngan Ika(budak keje kat klinik tu)

Mungkin sabtu ni ke atau Isnin ke nak kluar shopping sket. Sebenarnya ada jugak idea nak keluar 2-3 hari ni tapi takde geng nak gi jenjalan + contact lens tinggal rumah. Tak nampak apa-apa ok. Janganlah contohi aku kerana semalam aku telah meng'ignore' sekumpulan kawan2, Stan and the geng sebab tak berapa sure diorang panggil sape. Aku cam bad mood masa tu ditambah lagi tak nampak apa-apa kat depan. So aku ignore je la dan trus tukar tempat lain. Damn! Bodoh. Ade ke ko react cam tu eti. Tak masuk akal. Lain kali pakai spek anda apabila keluar dari bilik. Sori yek kawan-kawan. Kalau cakap sori pun diorang baca ke blog aku ni? Cam tak baca. Ermm..takpela..

'Till then, solat subuh dulu.